Ramai yang tidak tahu bahawa kerap menggunakan bilik steam merupakan satu amalan yang baik bagi kesihatan badan.
Ia dapat :-
1.       Mengurangkan stres 
Haba dari sauna mengurangkan ketegangan otot dan merangsang penghasilan endorfin, satu kimia semulajadi yang
dihasilkan dalam otak yang
bertindak sebagai penahan sakit. Endorfin ini akan menjadikan seseorang itu merasa lega dan tenang.
2.       Melegakan otot
Penghasilan endorfin semasa sauna dapat melegakan kesakitan yang dialami oleh pengidap artritis dan mereka yang mengalami ketegangan otot selepas bersenam. Kenaikan suhu badan dalam sauna menyebabkan saluran darah mengembang dan peredaran darah akan meningkat dan membantu proses penyembuhan semulajadi badan.
3.       Kulit menjadi lebih sihat dan berseri
Aliran darah ke kulit akan meningkat dan menyediakan lebih banyak nutrien di bawah kulit dan permukaan tisu membuatkan kulit bertambah baik secara beransur-ansur.
4.       Detoksifikasi
Haba yang dijana oleh badan dapat menyingkirkan toksik yang
berada di bawah kulit melalui peluh menerusi liang roma. Membantu badan kita mengdetoksifikasikan toksin.
5.       Hipertermia
Apabila badan kita terdedah kepada haba yang tinggi, badan akan berada dalam keadaan seakan-akan sedang demam. “Demam” ini akan merangsang proses penyembuhan semulajadi badan dan sistem imunisasi badan akan menghasilkan lebih banyak sel darah putih yang
berfungsi melawan penyakit dan antibodi untuk menghapuskan
virus dan patogen-patogen
lain.
6.       Membakar kalori
Oleh kerana proses berpeluh mengunakan banyak tenaga, tenaga ini diperolehi daripada penukaran lemak dan karbohidrat sewaktu proses pembakaran kalori. Penyelidikan mendapati seseorang itu boleh membakar hampir
300-400 kalori dengan sekali menggunakan bilik
steam.
Terdapat beberapa isu yang perlu di awasi:
• Jangan duduk dalam bilik
sauna lebih daripada 20 minit.
• Minum air
yang mencukupi untuk menggantikan cecair dan
mineral yang hilang semasa menggunakan bilik
steam.
•Tanggalkan kanta lekap
(contact lense) sebelum memasuki
sauna.
•Wanita hamil tidak boleh sama sekali bersauna.
Orang
yang mengalami tekanan darah tinggi yang
serius.
No comments:
Post a Comment